Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, April 12, 2011

kena tinggal lagik!!!!!!!!!

kena tinggal lagik..
hish hiosh hari nih daku kena tinggal lagik...
coz my husband kembali ker hutan untuk kursus pengukuhan pasukan siri ke 3 instun...
takper la yg nih btul betul kerja so takder la nak bising2 lagik pun
esok jer da kuar sekejap jer takder la nak pikir per2 sangat...

MACAM BEST JER DEPA NIH ASYIK MASUK KUAR HUTAN TERINGIN LAK NAK MASUK TAPI APAKAN DAYA TAK KAN BULEH..
coz dia masuk aku masuk saper lah plak nak jaga bebudak...hmmm
so abaikan lah niat tuh tuk masuk dalam tuh....
tapi satu jer paling lah aku nyampah bila dia masuk hutan coz dia hadiahkan sesuatu yg paling aku tak suka...
hadiah kan baju2 kotor kat saya dengan berselut2 nya..hieeeeeee
saya geli taw..awat la kotor sangat...saya tak suka...kalu blh saya tak mo basuh taw:)
tapi apakan daya itu ader lah tanggungjawab....
tanggungjawab??
bila sebut perkataan tuh ader banyak benda yg ingin saya persoalkan tapi abaikan haha.........

Jumaat, April 08, 2011

minggu yg.????????


minggu yg memboringkan..minggu yg mbosankan.. n minggu yg mgharu birukan ...
start isnin sampai la ahad terlalu lah memalangkan..

hari isnin
* jumpa dr yg tak bertauliah sehingga kan seminggu aku menderita menahan sakit...

hari selasa
( pagi2 lagik da kelam kabut hanto anak ke sekolah..takper ko berkira ngan aku..selama nih aku tak pnah berkira ngan ko..ko tinggal kan anak aku..ko tgk aper aku buat aku tinggalkan
* pagi masa nak hantar anak ke sekolah nyaris2 nak acident..bangang nyer lori sesuka hati bapak ko jer nak kuar simpang tak pandang kiri kanan..
* tgh hari balik dari amik fared sekolah lak..satu lagik ujian yg memenatkan...rantai moto lak putus tgh jalan so bertolak lah g ke kedai moto..mujur da tak jauh kalu jauh adui mampuih..tak pasal-pasal melayang rm40..dah la tak gaji lagik..

hari rabu
* pagik2 lagik da sakit kepala..dengan sakit perutnyer aduhai da la terbangun lewat kelam kabut nak myekolahkan si fared lagik..mujur sempat....
* masa nak ambil si fared kat sekolah di pertengahan jalan minyak moto lak habih ..ingat kan sempat..aduhai dugaan lagik..bertolak la sekejap..tapi hari tuh kudrat da tul2 hilang agak penat sangat..mujur kebetulan abg wan lalu..tahan dia..alhamdullilah dipermudahkan urusan..
thanks abg wan..

hari khamis
* cian lak kat si fared hari nih..masa balik ambil dia kat sekolah..duit dia terjatuh bawah moto..tup tup terkejut tiba2 dia mlompat upanya dia amik duit tuh tangan terkena ekzos....ya ampun ciannya kamu....menangis2 sakit...
tapi umi tahu kamu kuat fared....
bila lagik kan nak kena

hari jumaat
* hari nih jer hati snang sikit coz hari nih da gaji...:))
tapi hari nih jer la yg senang nyer esok lusa tulat habih licin wahahaahaa..
hari nih lak dia merangkap laki dan musuh ku jugak kuar dari tempat persembunyian nyer
hahaha dah rope pjenayah lak..tapi dipahamkan minggu depan dia kembali semuala ke tempat persembunyian nya...
(seronok gak kan main smbunyi2)nanti kita main sesama taw abg haha:P

hari sabtu
* hahahaha hari yg mbiulkan
mana taknya pagik2 lagik aku da di paw dengan bangganya oleh dia..habis melayang rm200 gj aku huwaaaaa
saya tak kira bg balik nanti haha..
memperbetulkan tayar kereta yg da uzur..n minyak hitam yg da lama tak bertukar..
cian ko kete dapat tuan cam gini ...tapi aku tetap sayang kan ko..walaupun bukan aku yg bawak ko....
* malam tuh lak hmmm sob sob sedih lak..takper la aku tahu saper aku ..n setakat mana aku dalam diri .....
nak qwat camner aku terpaksa korbankan hati tuk lihat permata hati ku bahagia...
agaknya bila kita da takder baru la kita akan dinilai mungkin huhu...
cuma allah yg mgetahui aper yg aku rasai

hari ahad
terlalu lah penat sangat...kalu blh nak terus tido jer..
umi nih penat sangat tak cukup langsung rehat........

p/s:
harapan agar minggu yg seterusnya boleh mceriakan diri ku

Khamis, April 07, 2011

Abah.. Bagilah Balik Tangan Ita....

sob sob sob....tersentuh naluri keibuanku tika membaca cerita ini...
ini juga sebagai suatu pgajaran buat diri ku juga
supaya tidak bertindak mgikut kata hati....:((


Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui facebook. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan... mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...



Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... .kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis... . 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda... ." (," (",)


dr.yang tak bertauliah!!!!!!!!!!

ayo ma...u dr.ada sijil ker takdak haaaaaaa..
u mau bunuh org ka???
kalu tak pandai jangan buat ma..
jangan bikin org susah la..
budussss!!!!!

huhuhuhu
sampai ke hari nih
7hb...disebabkan kebudusan mu itu daku terpaksa menanggung kesakitan
mu tahu dak dr yg budussssssss
mu tahu tak aku sangat2 la myesal pergi tempat mu itu..

alkisah mmg hot giler rasa pasal entry nih..
ingat kan g ke klinik gg n cabut blh mghilangkan kesakitan yg tertanggung sejak 1hb lagik..
upanya makin menambah beban malah lagik sakit sebelum cabut..
hari isnin tuh mmg tak tahan giler da sakit..so kalu ikutkan isnin bukan hari untuk rawatan pergigian hanya hari untuk appointment sahaja..
tapi disebabkan terlalu sakit daku col klinik tersebut tanya blh tak daku g gak hari tuh
sebab da tak tertahan da sakitnya..lagipun esok selasa sampai jumaat laki ku takder
dia pulang kerumah keduanya di hutan belantara wahaha
jadi aku push gak kata nak datang klinik ari tuh..so dia pun ok jer...
dah kata ok per lagik..aku angkat beg terus kuar dari ofis(berbekalkan kebenran kb ler)
dalam kul 11...saampai jer klinik dalam 11.30 gitu alhamdullilah takder org jadik tak perlu mnunggu lama dalam 5 minit da dipanggil masuk..tak der la rasa takut coz 5 bulan sebelum tuh mmg daku da cabut satu gg kat situ n alhamdullilah tak sakit langsung..so takder la rasa takut..
masuk-masuk jer hati berkata alah mana dr menggali hari tuh naper dr cina nih lelaki lak tuh..
hmm takper lah sama gak kot kata hati....
so dengan slumber daku terus baring atas katil special tuh haha...dr tanya sakuit sangat ker??
yer lah sakit la..saya nak cabut terus dr tak mo simpan da..nanti simpan lagik sakit....so da di cek bagai dia setuju tuk cabut gg tuh..ok la..aku pun nganga la mulut...
uikkkkkkkk sakit ma...hahaha dia cucuk tuk bius..mmg sakit tuhh..pas tuh dia da bius dia g basuh tangan jap jer dia datang balik tak sampai 3-4 minit dia kata ok buka mulut..daku tanya nak cabut da ker..saya tak rasa kebas g..
aah dia kata mau cabut la ...dia kata tak sakit sebab da bius..
sekali dia test dia tanya sakit tak dia ketuk gigi daku..daku kata sakit la dr..ok takper kita try yer...ok daku kata ..aku ingat nak try aper upanya try cabut..try amender nyer terus cabut walaupun ubat bius tak bertindak lagik..ya allah bukan mainlah sakit nyer..ku tahan agar airmata tak meleleh..tak pnah2 daku cabut gg sesakit ini...
dalam 3-4 minit da tercabut la gigi tuh...fuh sangat la sakit..yg geram tuh blh lak yg si dr nih dengan pmbantu nya duk berseloroh huhahahaaha...tetiba sesuatu yg tak terduga berlaku..
dr tuh kebetuln masih memegang besi panjang yg tajam lalu dia tersiku mesin aper ntah jadi dia terkejut ker aper ker ntah lalu terodok la besi tajam tuh kat dalam tempat lubang yg baru tercabut tadi..so fuyooo air mata terus terkeluar sakit giler..upanya terlkoyak..dr tuh hanya sebut sory puan....tempat cabutan tuh terkoyak sikit...kita kena jhit puan..tapi tak bnyk sikit jer..
haaaaa
jahit huwaaaaaaaaaaaaaa
masa jahit tuh tuhan jer yg tahu sakit nya.........
walaupun cuma 2 jahitan tapi sakitnya terlalu lah seksa da la masa cabut tadi pun dia buat sambil lewa jer.......
da jahit tuh dia kata khamis nih datang balik buka jahitan...aku senyap jer.......kuar jer dari bilik daku tgk laki daku ader kat luar..dia senyum jer..haiyooooooooo apa pasal la senyum...dia tak taw citer lagik..dia ingat ok...dia tanya aku diam jer...kaki mata dahi semua mgerekot sakit...ubat lak dia bg 2 biji ubat uphamol dengan kapas...itu jer.awat la kedekut sangat........
ingat kan blh lah elok esoknyer upanya silap
tak elok2 gak col dr tanya naper tak hilang g sakit dia kata takut tersalah urat cucuk .
whatttttttt??kot yer pun ko nak memain jangan lah pada manusia...

p/s:
pada dr2..jangan lah buat kerja sambil lewa jer....
walaupun cuma gg,tapi ingat lah urat-urat di sekitarnya ader lah urat-urat penting...
mata,hidung,telinga,kepala,otak semua ader la urat-urat penting....
jangan sam[pai anda disaman!!!!!!!!!!!

Khamis, Mac 31, 2011

kenapa dengan aku????

kenapa dengan aku....?jawapannya aku sendiri pun tak tahu..bulan nih saja da 4x aku deman..kenapa sampai berkali-kali dalam sebulan??timbul tanda tanya..kenapa kerap sangat sakit nih..apakah aku tak cukup rehat..tak cukup tido..tak cukup masa untuk diri sendiri..segalanya berkemungkinan..mungkinkah disebabkan keguguran tempoh hari..mungkin juga..teringin rasa nya untuk merehatkan diri seorang diri..tanpa anak2 n suami..blh ker??blh kot...berikan ummi ruang untuk bersendiri......hanya satu dalam hati nih..pada abg tolonglah bantu ummi...bantu untuk meringankan tugasan ummi kat rumah :) blh kan abg...sakit-sakit nih nak gak bermanja kan kan...:)

Isnin, Mac 28, 2011

kembali ke bumi sepi


sekejap tul masa berlalu tuptup da kena kembali ker bumi sepi nih..busan tuh..boring giler duk sini..sekejap sangat rasa takdanm nak bermanja-manja g gan mak da nak kena balik huwaaaaaaa...pas nih mesti rindu kat mak..tapi takper nanti cuti ore balik deh..tayang mak tayang abah..muahhhhh..ape pun nak ucap kan tima kasih pada mak n abah kerna banyak mbantu anak mu nih hihi..tapi yg paling best sekali..mak bekalkan lauk pauk dari air tangan mak yg tiada bandingan ngan sesaper pun ..only you jer yg leh masak begini hebat nya...sedap sangat..gulai tempoyak , sotong kurita masak sambal..n paling sedap ketam masak merah huwaaaa sedap tuh....mak mak...sekali lagik meen nak ucap tima kasih atas segalanya...meen cayang mak n abah muahhhh

haiyakkkkkkkkk..........wachaaaaaaa...bertukar....otomenn....


haiyakkkkkkk yeyul ngan otomennya

hahaha...cam lawak lak tajuk tuh...
heran tul aku ngan bebudak 2 org nih aper la yg diminat sangat ngan benda alah nih...pantang jumpa ..pantang nmpk kat tv kat mana2 jer la..secara otomatik nyer tangan n mulut akan bergerak mgikut cara benda alah tuh.cantik ker dia handsome ker dia..tgk pun tak minat ropenya..itulah dia ultraman.si fareed n si fakrul kat umah tuh mpunyai minat yg sama..dua2 suka kartun tuh..g pasar malam ker pasar raya ker itu lah benda yg dia g carik dulu.blh kata semua nama si fareed tuh ingat adiknyer lum g kot nak sampai tahap mgingat coz masih kecik g..dari baby sampai ke onyang ultraman tuh dia ingat name haha..mebius,seven,taro,tiga apalagik haku sendirik pun tak hingat..kadang tuh kiter lak dijadikan bahan tuk bergomol..antara bait-bait ayat si fareed.."ummi jom ar main..ummi jadik raksasa..fareed jadik ultraman.hiyaaaakk..mula la dia bukak segala lagak ngeri tuh..nmpk jer kecik bebudak nih sekali dia bg aduhhhhh sakit tuh..gasak kome la minat benda tuh jangan minat benda yg bukan2 udah....

Sabtu, Mac 26, 2011

membawa diri

sekali lagi ku membawa diri jauh dari kota sepi tanjung malim pulang ke kg halamna cuma diiringi anak-anak...si somi cam biasalah dia lebih interested duk di kota yg sepi itu......lama jugak la tak mbawa diri pulang ke umah mak n abah tersayang..rindu taw..:P nak ucap thanks to kapt jimm n fara aqella coz kamu sudi tumpang kan saya sampai ipoh..sebenarnya balik ipoh nih mak tak taw pun sajer kasi suprise tuk mak n abah..da pelan dari hari khamis g nak balik..tapi pg jumaat tuh col mak..."mak org tak jadik balik "huhu ader kerja hahaha...sajer kasik gempak sikit kali nih...kita org bertolak dalam kul 3.45 cam gitu la...sampai ipoh kapt jimm turunkan dekat bas satnd medan gopeng n kami ambil teksi balik ke rapat setia..mahal ooo teksi kat ipoh nih..mmg cekik darah bukan la jauh pun perjalanan yg tak sampai 10 minit pun dikira rm10..haiyaaa bila lah teksi ipoh nih nak pakai meter..sampai umah around 5.30 cam gitu..mak tak balik kerja g..alhamdullilah balik kami settlekan diri dulu manadi n tgk tv..wuaaa abah beli tv baru tv plasma 42inci...balik ipoh nih sekali balik mesti ader nya barang yg dibeli..pendek kata ader sajer yg berubah.mak balik jer around 6.30...keta depan pintu pagar jer kami bukak pintu panggil makkkkkkkk...terkejut mak n abah hahaha...apalagi pot pet pot pet la balik tak g taw hahaaha.........hari nih tak taw nak g kemana...nak g mana yer mak???duk umah kot hihi..jom mak kita g jenjalan..kat kota sepi tuh tinggal la hubby sorang diri ...tapi takper kot biasa kan ...masa dia g berakit ritu haaaaa amik bape lama kena tinggal ....hahaha....walau pun jauh berbatu2 berlari membawa diri hati nih tetap begitu kalu terluka terus terluka kalu bersuka terus bersuka...duhai hati kau lah yg mgerti bisikan jiwa nih......

Rabu, Mac 23, 2011

kilauan hati ummi n abah




fareed hazman & fakhrul hakimi

sambung @ bhenti

berhenti atau sambung belajar itu jer skang duk menerawang dalam kepala nih....sebenarnya dari awal lagik mmg ku da nyatakan keinginan pada husband pada family tentang keinginan untuk sambung belajar..alhamdullilah tiada halangan...aku cari kos yg da lama aku excited sangat ..:DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK @ DIPLOMA PENDIDIKAN PRA SEKOLAH...aku cuba carik dalam laman web ..surver n terus surver dimana akan kuperolehi kos tersebut..kat upsi ku surver terus pada degree..hmmm tinggi sangat lak tarafnya..kat um pun sama..last2 aku dapat info pasal kolej uniti .tapi swasta la plop...swasta pun swasta la yg penting aku mmg da lama minat benda nih..da dapat info tuh aku terus col kolej tuh tanya aper yg patut..so fast...baru col depa col aku balik tanya bape kedit spm..alhamdullilah ok..ader kelayakan tuk masuk..tak sampai 10 minit depa col lagik kata permohonan aku melalui on9 berjaya depa suh aku lpor diri 28hb 4....terus terkedu tak kata apa..mak ai cepat giler...tak dan aku nak berbincang..ooooo tidak terlalu cepat masa yg diberikan..aku col balik pn hasnah yg arrange pasal nih tadi tuh kata kat dia bg aku masa tuk berbincang ngan family expecially my hubby...nak dilepas sayang tapi banyak yg perlu dikorbankan...balik jer ofis aku col my mom tanya ngan dia..tapi bila persoalan anak masing2 terkedu...3 tahun tempoh yg sangat lama..da la jauh lak tuh negeri sembilan entah tang ceruk mana pun aku tak taw yg aku dapat detail kat pasir panjang p.d...tak sabo nak g taw n minta pendapat laki aku...dia balik jer aku terus bgtaw..n jawapan nya...terpulang la pada ummi..abg ikut jer tapi persoalan anak juga yg berlegar..anak cam mana..dia kata dia blh jaga..huwaaaa hati ku tidak mampu untuk mnipu..tiba tang persoalan mereka berdua..aku jadik keliru...tempoh hanya ader seminggu lagik untuk ku beri jawapan iya tau tidak???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...