Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, Ogos 19, 2010

jenjalan ....sambil menyelam...

5-8hb di pulau pangkor
coral bay resorts.....
sempena kursus pemantapan modul insan bg kakitangan bhg pentadbiran,instun....
sangat teruja bila pertama kali menjejakan kaki ke sana...kami bertolak dari instun 5hb tuh pada pukul 9 pagi...dengan menaiki kenderaan jabatan(2 bas instun)
ramai gak kakitangan bhg pentadbiran yg bawak famili sekali termasuk lah kami satu family...

sob...sob...sob...

alhamdullilah ...
hari nih da 9 ramadhan....tapi hari nih mood tak seperti selalu...down sikit....impian berkecai harapan musnah..sedih ..tapi untuk apa bersedih...huhu...ku cuba tahankan gelodak jiwa nih... .
Hidup ini...
kekadang baik kekadang buruk
kekadang manis kekadang pahit
kekadang senang kekadang susah
kekadang gembira kekadang menangis
kekadang bijak kekadang bebal
kekadang tawa kekadang sedih

Ramai insan yg suka berlakon
kekadang pelakon utama..kekadang pelakon tambahan
jika tidak dikhianati diri sendiri pula yg khianat
jika tidak bercampur di panggilnya kera sumbang
jika bercampur pula kera pun boleh jadi sumbang
air mata hanya bagi yang lemah katanya
tapi jika kena batang hidungnya
air mata pula hanya pada yg kuat semangatnya katanyalah
bukan senang memberi didalam kepayahan

kejujuran hanyalah sampah pada dunia
keikhlasan hanyalah umpama seorang tua yg buta
kebenaran tidak lebih umpama padang pasir yg tandus
hati hanyalah sekeping daging yg dijual dan di tayang oleh penjual
jika busuk disimbahnya pewarna merah tiada siapa yg tahu
jika elok di biarkan saja kekadang datanglah lalat menghurungnya

hati yg luka dengan satu garisan jika dibiar bertambah panjang
dari satu garisan bertambah dua atau pun tiga
siapa yg tahu lebih baik buat tak tahu
bila di tanya adat dunia katanya
siapa lah bodoh ingin berkongsi ratapan sekeping hati
katanya nasib sendiri pun belum tahu
inikan pula nasib yg lain
jadi lebih baik jadi si hati dari jadi si pelakon
jika dia sedih dia akan mendiamkan diri
jika insan lain sedih dia turut simpati
walaupun dirinya tahu tidak di hargai

..biar lah segalanya hanya diriku yg mgerti..sob..sob..sob
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...