Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, April 07, 2011

Abah.. Bagilah Balik Tangan Ita....

sob sob sob....tersentuh naluri keibuanku tika membaca cerita ini...
ini juga sebagai suatu pgajaran buat diri ku juga
supaya tidak bertindak mgikut kata hati....:((


Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui facebook. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan... mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...



Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... .kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis... . 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda... ." (," (",)


dr.yang tak bertauliah!!!!!!!!!!

ayo ma...u dr.ada sijil ker takdak haaaaaaa..
u mau bunuh org ka???
kalu tak pandai jangan buat ma..
jangan bikin org susah la..
budussss!!!!!

huhuhuhu
sampai ke hari nih
7hb...disebabkan kebudusan mu itu daku terpaksa menanggung kesakitan
mu tahu dak dr yg budussssssss
mu tahu tak aku sangat2 la myesal pergi tempat mu itu..

alkisah mmg hot giler rasa pasal entry nih..
ingat kan g ke klinik gg n cabut blh mghilangkan kesakitan yg tertanggung sejak 1hb lagik..
upanya makin menambah beban malah lagik sakit sebelum cabut..
hari isnin tuh mmg tak tahan giler da sakit..so kalu ikutkan isnin bukan hari untuk rawatan pergigian hanya hari untuk appointment sahaja..
tapi disebabkan terlalu sakit daku col klinik tersebut tanya blh tak daku g gak hari tuh
sebab da tak tertahan da sakitnya..lagipun esok selasa sampai jumaat laki ku takder
dia pulang kerumah keduanya di hutan belantara wahaha
jadi aku push gak kata nak datang klinik ari tuh..so dia pun ok jer...
dah kata ok per lagik..aku angkat beg terus kuar dari ofis(berbekalkan kebenran kb ler)
dalam kul 11...saampai jer klinik dalam 11.30 gitu alhamdullilah takder org jadik tak perlu mnunggu lama dalam 5 minit da dipanggil masuk..tak der la rasa takut coz 5 bulan sebelum tuh mmg daku da cabut satu gg kat situ n alhamdullilah tak sakit langsung..so takder la rasa takut..
masuk-masuk jer hati berkata alah mana dr menggali hari tuh naper dr cina nih lelaki lak tuh..
hmm takper lah sama gak kot kata hati....
so dengan slumber daku terus baring atas katil special tuh haha...dr tanya sakuit sangat ker??
yer lah sakit la..saya nak cabut terus dr tak mo simpan da..nanti simpan lagik sakit....so da di cek bagai dia setuju tuk cabut gg tuh..ok la..aku pun nganga la mulut...
uikkkkkkkk sakit ma...hahaha dia cucuk tuk bius..mmg sakit tuhh..pas tuh dia da bius dia g basuh tangan jap jer dia datang balik tak sampai 3-4 minit dia kata ok buka mulut..daku tanya nak cabut da ker..saya tak rasa kebas g..
aah dia kata mau cabut la ...dia kata tak sakit sebab da bius..
sekali dia test dia tanya sakit tak dia ketuk gigi daku..daku kata sakit la dr..ok takper kita try yer...ok daku kata ..aku ingat nak try aper upanya try cabut..try amender nyer terus cabut walaupun ubat bius tak bertindak lagik..ya allah bukan mainlah sakit nyer..ku tahan agar airmata tak meleleh..tak pnah2 daku cabut gg sesakit ini...
dalam 3-4 minit da tercabut la gigi tuh...fuh sangat la sakit..yg geram tuh blh lak yg si dr nih dengan pmbantu nya duk berseloroh huhahahaaha...tetiba sesuatu yg tak terduga berlaku..
dr tuh kebetuln masih memegang besi panjang yg tajam lalu dia tersiku mesin aper ntah jadi dia terkejut ker aper ker ntah lalu terodok la besi tajam tuh kat dalam tempat lubang yg baru tercabut tadi..so fuyooo air mata terus terkeluar sakit giler..upanya terlkoyak..dr tuh hanya sebut sory puan....tempat cabutan tuh terkoyak sikit...kita kena jhit puan..tapi tak bnyk sikit jer..
haaaaa
jahit huwaaaaaaaaaaaaaa
masa jahit tuh tuhan jer yg tahu sakit nya.........
walaupun cuma 2 jahitan tapi sakitnya terlalu lah seksa da la masa cabut tadi pun dia buat sambil lewa jer.......
da jahit tuh dia kata khamis nih datang balik buka jahitan...aku senyap jer.......kuar jer dari bilik daku tgk laki daku ader kat luar..dia senyum jer..haiyooooooooo apa pasal la senyum...dia tak taw citer lagik..dia ingat ok...dia tanya aku diam jer...kaki mata dahi semua mgerekot sakit...ubat lak dia bg 2 biji ubat uphamol dengan kapas...itu jer.awat la kedekut sangat........
ingat kan blh lah elok esoknyer upanya silap
tak elok2 gak col dr tanya naper tak hilang g sakit dia kata takut tersalah urat cucuk .
whatttttttt??kot yer pun ko nak memain jangan lah pada manusia...

p/s:
pada dr2..jangan lah buat kerja sambil lewa jer....
walaupun cuma gg,tapi ingat lah urat-urat di sekitarnya ader lah urat-urat penting...
mata,hidung,telinga,kepala,otak semua ader la urat-urat penting....
jangan sam[pai anda disaman!!!!!!!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...