peringatan untuk diri sendiri... JANGAN SESEKALI TINGGALKAN ANAK SENDIRI....
Nasional
Lagi kes ibu tinggal anak dalam kereta
Lagi kes ibu tinggal anak dalam kereta Bimbang kejadian budak lemas dalam kereta berulang, orang ramai menggoyangkan sebuah kereta apabila mendapati seorang kanak-kanak tertidur di dalamnya dengan pintunya berkunci di depan pasar raya di Telipok, semalam.
Kota Kinabalu: Tidak sampai sehari selepas seorang kanak-kanak lemas dalam kereta ibunya di Subang Jaya, Selangor, seorang lagi budak hampir menerima nasib sama di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian terbaru itu, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang sedang tidur ditinggalkan ibunya dalam kenderaan yang dikunci dari dalam serta enjinnya hidup sebelum keluar membeli-belah.
Bagaimanapun, kali ini, kanak-kanak itu berjaya diselamatkan orang ramai selepas melihatnya tidur seorang diri dalam kereta berkunci.
Goyang kereta baru terjaga
Menurut saksi, orang ramai berjaya mengejutkan kanak-kanak itu dengan menggoyangkan kereta itu beberapa kali sebelum budak perempuan terbabit terjaga setengah jam kemudian dan membuka pintunya.
Dalam kejadian jam 8.30 malam di Taman Putra Jaya dekat Telipok di sini, wanita lingkungan usia 20-an itu mengaku meninggalkan anaknya berseorangan dalam kenderaan kerana keluar membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya berhampiran.
Wanita itu memberitahu orang ramai, dia meninggalkan anaknya dalam kereta kerana tidak sihat.
Khamis lalu, Nawal Iris Samsudin, tiga tahun, ditemui lemas dalam kereta yang ditinggalkan ibunya di pekarangan sekolahnya di USJ4, Subang Jaya.
Ibu kanak-kanak itu, Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dikatakan terlupa anaknya berada dalam kereta ketika tergesa-gesa menghadiri mesyuarat di sekolahnya jam 11 pagi.
Mayat Nawal ditemui dalam keadaan kebiruan dalam kereta itu jam 5.30 petang ketika ibunya bersiap untuk pulang selepas sesi sekolah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengulangi perkara sama kerana ia bukan saja membahayakan kanak-kanak, malah boleh mengakibatkan kejadian tidak diingini termasuk ancaman jenayah.
SEGALANYA BERMULA DI HATI~ ceritera hati umie wat permata-permata hati umie...juga buat suami tersayang..love we all
Ahad, Julai 21, 2013
al-kisah ramadhan ke 12...
alhamdullilah hari nih ramadhan yg ke 12...
still takde air di rumah...
semalam en abg bg tazkirah sikit
dia kata kita berpuasa nih bukan kena tahan lapa dan dahaga tapi juga perlu bersabar...hihi
baek en abg...hari nih umi sangat sabar dengan ketiadaan air...dari semalam berbuka dengan air oren sahaja..dan pagi tadi bersahur dengan air milo sahaja...sudah memadai...dahulukan perut si suami dan abg long...alhamdullilah still fresh lagi..
last mandi kul 9 pg semlaam..wah wah da bau hasem...kihkih..nak buat camne air yg ade dijimatkan tuk anak2..kalu still takde lagik petang nih...kita makan telur lagi ye abg long..nanti bila air ade...umi masak yg sedap2 ye...semalm abg bawa balik durian 1 biji...
bestnya...dpat la makan 2 ulas malam tadi...ingat cadang nak buat cucur durian..tapi dengan ketiadaan air nih...tangguh kan dulu....
ya allah di bulan yg penuh keberkatan ini kau pertingkatkan lah kesabaran ku ya allah dalam menghadapi situasi2 begini...
hari nih..lepas je bersahur...kemas rumah sikit..n semyang .,..terus masuk bilik tido..first time sambung tido selepas bersahur..bukak2 mata...ingat kul 8 pg ke 9 pg ke..rope...da kul 12..perghhhh pecah rekod..bgn2 segar bugar je rasa...alhamdullilah...
bgn je pergi kat sink bukak2 still takde..takpe...allah nak uji..kesabaran kita diu bulan puasa...bila jadi begini tetiba teringat kan kg mak mertua..yg sentiasa terputus bekalan air...bila bekalan ade air nya cam teh susu...mmg agak teruji bila balik ke sana....tapi mereka lalui dengan penuh kesabaran...insyallah aku juga mampu melalui nya..think positive...walaupun semlm da meletup...rini aku semakin bersabar..kesian en abg..
bertalu2 mesej n col masuk bertanyakan kenapa takde air....
kesian jugak en abg yg terpaksa mengusung air turun naik turun naik berkali2 dari pili bawah tempat basuh keta(itu pun da slow gak)
malam tadi kul 12.30 malam en abg g naik balai cerap ulang alik g tangki beso lak nengok ape masalhnya...dan kul 12 mlm tuh jugak la ade jugak jiran tetangga yg turut sama mengusung air...betul ckp abg....sesekali kita perlu rasa susah agar kita tahu kesusahan org lain...
abg tenang je hadapi situasi cam ni..coz abg dibesarkan di kelantan yg da terlaslu biasa lalui masalah begini..so abg lah yg bnyk menenangkan aku...
Langgan:
Catatan (Atom)