Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, Mac 08, 2012

alhamdullilah rezeki mak abah

syukur ke hadrat illahi...rezeki buat mak n abah..
mak n abah dapat cabutan bertuah  pakej menunaikan umrah untuk dua org...
bulan lepas lagik da dapat tahu baru nih la bkesempatan nak bercerita..
asalnya..ayah ader klinik guaman kat gua musang,kelantan,ayah lak tak sihat matanya tak bape nak nmpk akibat kencing manis,so mak n adik temankan abh pergi sana selama 3 harik...jauh beno bg kaunselingnya,kalu ikutkan mmg abh kena tukar kat biro bantuan guaman gua musang tapi disebabkan kesihatan yg kurang memuaskan beliau mohon untuk ditempatkan kat ipoh ..coz sebelum nih abh kat taiping berulang hari2,cian kat abh da la tak baper sihat mujur la hq memahami dan menukarkan kembali abh kat ipoh,kalu dulu abh asyik turun naik mahkamah bicarakan kes org skang nih dia da tak masuk mahkamah da,dia kena kaunselingkan pasangan yg nak bercerai yg ader masalah2 umah tangga yang remaja sosial abh la yg akan kaunseling,so pada sesaper yg nak khidmat beliau sila lah ke biro bantuan guaman ipoh yer:)
berbalik pada topik asal...
masa abh ader kerja yg mak n adik nih busan kat hotel so depa nih mmg kaki ronda,shoping mulalah lah bjalan jer kerjanya,depa p pasaraya sakan,depa beli barang tak silap tak sampai mcecah ratusan ringgit takat belasan jer maybe..so adik nih mmg suka contest2 nih,dia pun slip kan resit masuk dalam tabung  cabutan bertuah,n mmg da tak ambil port ar pasal tuh just suka2 jer mmg tak terlintas dalam benak untuk menang..
setelah sebulan setengah balik dari kelantan,mak dapat kol,yang mengatakan mak berjaya menjadik peserta bertuah,mak nih cam tak baper nak pcayer sangat benda2 cam nih,so dia pun abaikan,
tapi org tuh col lagik berkali2,so mak g taw abah,coz org tuh mintak datang kuala kangsar amik hadiah...
so abah decide try jer la coz rezeki mana tawkan,kalu tak betul pun kita tak rugi aper pun kalu betul alhamdullilah,tiba masa mak abah pun p kuala ditemani staff abh..
mak kata punya lah ramai org masa pyerahan hadiah tuh...rupanya dari semua negeri depa kumpulkan pemenang n bg hadiah malam tuh,,ader yg dapat keta,moto n pelbagai lagik la hadiah,10 pasangan bertuah memenangi pakej umrah termasuklah mak n abh,alhamdullilah,mak.
masa aku taip entry nih semua urusan dokumen semua telah siap dihantar ke pihak pganjur,tinggai nak beli barang n pergi jer lagik,mak akan berlepas ke tanah suci pada 25hb april nih,semoga mak n abh selamat sampai n pulang..mak doakan yang terbayek buat meen yer mak,mak doakan meen dapat baby pmpuan yer mak n meen sentiasa doakan mak n abah sentiasa sihat disana.semoga segala urusan dipermudahkan allah..
nih la first time mak n abh pergi kesana..
alhamdullilah atas rezeki yg dikurniakan Allah..semoga mak n abh sentiasa dalam lindungan-NYA...amin

tok..mak ..n cucu2 kesayangannya...(fareed n fakhrul panggil mak gak coz asalnya fareed lah ikut aku panggil mak..last2 lekat mak,kalu idak mak tok )tuh yg abh jeles tuh,nmpk cam muda lak pnggil mak hihi...sayang mak n abh selamanya :)

suri rumah juga satu profesion

sebulan jer lagik aku akan kembali menjadik suri rumah...sebenornya jadik suri rumah nih lagik penat dari bekerja..coz kerja2 tak pnah habih start bukak mata sampai tutup mata...~

Suatu hari seorang lelaki bernama Zainal bertemu dengan seorang kaunselor. Tujuan utama pertemuan tersebut adalah untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Menurut Zainal sejak kebelakangan ini, isterinya Halimah kurang melayaninya. Halimah seperti sudah tawar hati dengannya. Menurut Zainal  selama ini isterinya tidak bekerja. Hanya dirinya sahaja yang berkerja. Zainal sedikit kecewa dengan sikap Halimah kerana merasakan Halimah tidak pernah menghargai dirinya yang selama ini penat bekerja. Beliau merasakan yang Halimah punya banyak masa untuk berehat dan tidak mempunyai sebarang tekanan seperti dirinya yang lebih sarat dengan beban kerja.
 Kaunselor       :  Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
 Kaunselor      : Halimah pula?
Encik Zainal  : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor       : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal  : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
 Kaunselor       : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
 Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor       : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor       : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan     tak bekerja.
Kaunselor      : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor      : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.
 Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja??  Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri  rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!
Cuba bayangkan jikalau seminggu isteri yang selalu dikatakan tidak bekerja itu terpaksa pulang ke kampung. Bagaimana rasanya suami yang bekerja? Bangun lewat pagi, kenapa? isteri tak ada untuk kejutkan. Sarapan tak sempat. Kenapa? Tiada isteri untuk masakan. Rumah berselerak sana sini. Kenapa? tak ada isteri untuk kemaskan. Baju busuk penuh seguni. Kenapa? Tiada isteri untuk basuhkan. Pinggan mangkuk penuh sinki. Kenapa? Tiada isteri untuk basuhkan.
Belum lagi masuk bab anak kecil yang menangis tengah malam. Siapa yang akan bangun dulu kalau bukan isteri?
Ya, mungkin ada juga suami yang rajin, yang akan buat semua kerja isteri, tetapi seharusnya jangan memandang rendah terhadap isteri yang tidak bekerja.
 Suri rumah Sebagai Profesion
Walaupun tugas suri rumah sering dipandang sinis oleh sesetenga golongan tetapi ianya merupakan suatu profesion. Cuba kita kenang kembali sejak kecil sehingga dewasa, sudah banyak borang yang diisi oleh kita. Bermula daripada sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah entah berapa banyak borang yang perlu diisi dan mengandui ruangan perkerjaan ibu. Selalunya bagi anak yang mempunyai ibu yang tidak berkerja, mereka akan mengisi perkerjaan ibu mereka sebagai suri rumah. Jarang sekali kita melihat ruangan perkerjaan ibu sebagai tidak berkerja.
 Suami Perlu Bijak Menghargai Isteri
Tidak dinafikan mungkin ada isteri tidak pernah merungut berkenaan kerja-kerja rumah yang dilakukannya, suami seharusnya menghargai sumbangan besar ini. Isteri melakukannya kerana “cinta tanpa syarat”. Isteri tidak pernah mengukur berapa banyak khidmat yang diberikan, kerana mereka sering berfikir hanya untuk memberi.
Untuk para suami, sewajarnya pengorbanan isteri melakukan kerja yang jauh lebih berat ini dihargai sebaiknya. Seorang isteri bukannya mengharapkan sebarang balasan, tetapi tidak salah untuk seorang suami memberikan ganjaran.~ aku copy paste dari www.kisahwanita.com/suri-rumah-juga-satu-profesion

jom kelik kelate

ptg nih dalam perancangan kul 3 da nak bertolak balik kelantan..
semoga selamat sampai ke destinasi....tak sobar sobar nak kelik coz nak shoping2 kat rantau panjang...
tapi balik kali nih cam busan sikit coz adik ipar yg pmpuan tak balik...
esok en.abg ader job kat kg....amik gambo kat sana..ok la masyuk kan...dapat balik jumpa fameli dia lagik...
bulan 5 ngan 6 pun pnuh gak job dia kat sana...masa tuh aku da tak kerja...bolehlah cuti2 panjang sikit leh la shoping2 lagik nanti...
sonok sungguh bebudak bila nak balik kg...sonok gak korang dapat p sana dapat p sini..umie dulu kecik2 idaknya lah nak kenai nak bjalan ke sana ke mari da beso beso nih lah baru nak kenai bjalan kesana ke mari...'
pahtu idak la kenai pizza la kfc la mc donald la..nih si tecik yg baru 2 tahun setengah tuh da mula demand2 nak makan pizza la makan kfc la bagai haish bebudak zaman skang...dulu masa umi kecik2 setahun tuh blh kira baper kali jer g makan benda2 tuh....tapi takper sekurang kurang nyer kamu kenal semua tuh..

nih la destinasi ku ptg nih...kuala krai....kampung peria...kalu saper yg dari kl konpem2 lalu kg nih...umah en abg kat tepi2 jalan tuh jer...mmg itulah satu2 jer jalan yg ader dari kl....
kalu ikut aku ,aku nak balik pagi coz biasa ar hujan ptg2 skang nih lebat lak tuh...
tapi da en abg nak balik ptg ikutkan jer la:)semoga selamat sampai kedestinasi..tak sabar nak makan buah katak puru
:p
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...