Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jumaat, April 15, 2011

pangkat & darjat

hmmm...memetik kata2 sahabat ku..mmg ader kebenarannya.....

macam tuh la kalu kita dibawah..
baik macam mana pun seseorang tuh pada kita..
kalau pangkat & darjat x sama..
kita tetap x sama
tetap akan dibandingkan..
jurang tetap ader walaupun dia terlalu baik ngan kita....

itu lah yg berlaku pada kami...
selalu diperkecil2 kan oleh mereka..
siapa mereka??kalu ader yg terasa minta maaf lah ..
kenapa susah sangat nak jujur dalam persahabatan..
kenapa perlu diwujudkan jurang sesama kiter
apakah terlalu tinggi darjat anda sehinggakan anda sendiri terasa besar hingga memperkotak katik kan hati sahabat anda sendiri hmm....
ini lah manusia...bila terasa diri nya beso..dia lupa pada semua..
kenapa perlu dimainkan perasaan sahabat anda..kalu ader yg tak kena bgtau secara jujur jangan mjatuhkan maruah org lain depan khayalak ramai..
anda kadang kala tidak sedar yg anda telah mjatuhkan air muka sahabat anda sendiri...
walaupun anda blh dikategorikan rapat dengan kami tapi tolong lah jangan mperkecil kan kami....
yer alhamdullilah kami sedar..siapa kami..hanya bekerja sekadar sambilan..sambilan yer..
kami tak pernah lupa walau sedetik pun ..tapi sambilan pun kami bekerja juga seperti anda..sama jer cuma taraf jer yg ber;lainan takder yg mbezakan..n lagik satu yer gaji kami tak setinggi anda...tapi tolong lah jangan dibangkit keupayaan kami...kami tahu sejauh mana kebolehan kami..tolong lah kalu nak berkata2 jagalah hati n perasaan sahabat anda sendirik..

kalau pun kami nih terlalu myusahkan anda just ingat kan kami walaupun kami sendirik sentiasa beringat..pada teman seperjuangan kita perlu ingat ..biar baik mana pun org tuh pada kita kalu ader jurang tetap berjurang..hmmmm...

susah untuk puaskan hati smua org
dan susah untuk mnjaga hati seseorg...
shabat...

perbezaan ayah dan ibu

sejak kecil lagik seringkali bibir nih memanggil mak ..apapun yg kulakukan pastinya bibir ini tak lekang dari myebut mak dan minda nih bagaikan automatik sentiasa mgingati mak...seringkali terfikir knapa mak ..mak ...n mak...mana abah??kenapa bibir nih kurang untuk menutur atau mmanggil abah kenapa??hmmm....susah nak jawab..walaupun abah sentiasa dalam hati ..sentiasa ader disisi tapi tak sehebat penangan insan bergelar mak,ummi,mama,mummy..n aper sajer lah panggilan yg berkaitan....

tapi sejak bergelar ummi nih baru lah daku blh rungkaikan persoalan yg bermain di benak fikiran nih..sejak dulu lagik..

Kenapa mother selalu di tempat pertama...kedua dan ketiga...

Dengan kata lain...
Bila dah ada anak baru faham sifat IBU sebenar...
Memanglah semua dah tahu...pengorbanan ibu..tak boleh dinafikan lagi....
Ibu Mengandungkan kita..
Ibu Melahirkan kita....
Ibu Menyusukan kita......
Ketiga-tiga perkara ini.. ayah tak boleh buat... tuhan dah takdirkan...
confirm ayah tak boleh buat...so tak boleh lah nak compare ayah dan ibu...
Itu yang tersurat...

Sebenarnya ada yang tersirat...kalau kita kaji-kaji balik...
Ibu istimewa bukan sebab boleh melakukan 3 perkara itu...
Ibu istimewa kerana ibu memang seorang insan yang istimewa...
Apa yang kita ingat tentang kita dan ibu hanyalah sedikit...
Memori paling lama yang kita masih ingat pun, hanya selepas kita masuk sekolah...

Masa tu kita dah separuh 'independent'...
Boleh sikat rambut sendiri..
Boleh mandi sendiri..
Masuk tidur pun sendiri...
Semua dah boleh buat sendiri.....

Tapi kita tak ingat...
apa yang ibu buat untuk kita masa kita kecik-kecik...
Bukan kita lupa..kita cuma tak ingat...
Kita tidak ingat..... kerana masa itu kita masih kecil....

Kalau dihitung kembali...
memanglah kasih ayah sama nilanya dengan kasih ibu...
Kasih kedua-duanya tidak berbelah bahagi.. untuk anak...

Tapi ada yang kita tak tahu sebelum kita jadi ibu....
Bila kita jadi ibu barulah kita tahu.......

Yang...

Ayah pun pernah sikat rambut kita...
Cuma ayah tak tahu rambut kita 'belah' ikut mana...kiri ke kanan ke..
Main sikat je... Kadang-kadang macam tak sikat je..
Tapi rambut ayah elok je berpacak tengah .. :P
Kalu ibu sebelum nak pergi sekolah tu...
10x sikatkan rambut kita...
Dulu-dulu time kena kutu pun...
Ibu je yang selalu spent time dgn kita...mencari....hihi.
Betapa seronoknya ibu..bila dapat tangkap kutu...

Ayah pun pernah suap kita...itupun kalu pernah...
Cuma ayah jarang amik tahu makanan kegemaran kita...
Ayah cuma tahu tanya..dah makan?? ibu dah suap ke?

Ayah pun selalu belikan baju kita...
Cuma ayah tak tahu... berapa pasang baju yang kita ada...
Baju mana nak dipadan dengan seluar mana...topi mana...
Skirt mana dengan top mana?? stokin warna apa??
Main sarung je...

Bila kita sakit, Ayah dan ibu bawa kita ke Klinik..
Tapi cuma itu yang ayah tahu...
Bila bab makan ubat... ibu yang suap...
Pukul berapa, makan ubat ibu yang ingat...
Tengah-tengah malam ibu yang terjaga, dan rasa dahi kita...
panas lagi ke dah suam ke??
kalu dah sejuk baru ibu boleh tidur....
sebelum tidur ibu selimutkan kaki kita...
Kesian ayah penat kerja...tidur je...
Eh? tapi ibu pun kerja...:P

Bila pergi makan...
Ayah tanya ibu nak makan kat mana?
Ayah kata jom pergi kfc
Sana ada ayam...
Tapi ibu diam je...Blurrrr tak tahu nak cadang kat mana..
Sebab ibu tengah pikir...
Untuk anak nanti... nak order apa...??
Ada menu yang anak suka ker kat sana
coz fareed suka pizza bukan kfc...
Ibu selalu pikir untuk kita dulu..
Untuk ibu takpe...apa2 pun tak apa...

Waktu makan pulak...
Ibu suap kita dulu...
Apa-apa pun selagi kita tak kenyang..
selagi itu... Ibu tak makan...
Kita pulak buat perangai taknak makan..baling sudu..baling garfu..
Ibu sabar...masih nyanyi-nyanyi..pujuk makan...
Ibu tunggu kita habis hingga ke suapan yang terakhir..
Bila ibu nak makan....Nasi ibu dah sejuk..
Tapi takpe..ibu tak kisah sangat ...sebab ibu dah kenyang ...
gembira tengok anak makan tadi...
Kesian ibu...

Ayah selalu tengok kita...
Ayah tengok dengan mata...
Dan selalu nampak kita comel...
Tapi kenapa, ibu yang selalu nampak kita comot ?? ...
Sebab ibu tengok kita dengan hati...
Sebab itu ibu selalu simpan tuala dalam beg..
Untuk lap mulut kita... untuk lap tangan kita..
Untuk lap peluh kita.. untuk lap airmata kita...


Bab poo poo lagi.. selalu buat ibu-ibu resah...
Ibu yang tahu satu hari kita poo poo berapa kali..
Lebih-lebih kalau sepanjang hari kita tak poo poo..
Ibu duk tunggu je kita poo poo...
Bila poo poo, ibu siasat pulak jenis poo poo...
Lembut ke keras ke... cirit ke..sembelit ke..
Kesian ibu...
Ibu tidak minta dilahirkan begini..
Tapi sudah ditakdirkan ibu sifatnya begini...

Semua yang remeh-remeh ibu buat..
Semua yang remeh-remeh ibu pikir...

Sebenarnya banyak lagi contoh...
Tapi tak sampai hati nak share kat sini...
Takut kena saman kalau ada ayah-ayah yang terasa..hihii...

Ayah tetap ayah..Ibu tetap ibu..
Ibu mungkin boleh ganti tempat ayah...
Tapi ayah tak boleh ganti tempat ibu...
Sebab Ayah juga pernah ada ibu....
Dan ayah juga tahu dan sedar akan ertinya kasih ,kehidupan, dan pengorbanan seorang ibu.....

Bukan nak rendah-rendahkan ayah..tapi inilah hakikatnya..
fikiran ibu melangkaui fikiran ayah apabila melibatkan anak...
Bersyukur dilahirkan untuk jadi seorang yang dipanggil Ibu..Mummy..Ummi...Mother.
Tapi siapalah isteri tanpa suami...kedua-duanya saling memerlukan....:))

apapun buat abah dan suami ku...anda tetap yg terbaik buat ku
kerna anda juga berkorban kasih buat anak-anak anda..

buat abah..tanapa abah tak mungkin kami 3 beradik dapat merasai nikmat dunia ciptaan NYA....
SAYANG ABAH

pesanan ringkas buat suami ku.....

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...