Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, Jun 17, 2015

motivated diri...

dalam diduga dengan pelbagai ujian kebelakangan ni..
ujian yg tak tercapai dik akal...tak tergalas dik bahu..
tatkala diri terasa kesedihan..kemurungan...
pelbagai suara kedengaran dikiri kanan untuk melepaskan segala yg terbeban...
aku nekad dan yakin pada diri..ikut kata hati agar aku perlu kuat untuk terus kehadapan..untuk terus perbaiki dan perbetul kesilapan..

terpandang satu status  oleh 

Tatkala diberi ujian berdepan kesilapan pasangan, jangan terus ambil jalan mudah memikirkan perceraian. Perkahwinan disyariatkan penuh pelbagai hikmah. Bukan semata2 untuk berkasih sayang tapi juga untuk saling menegur, mendidik dan membetulkan kesilapan. Kita manusia, tak ada yg sempurna. Kita ada kelebihan, dalam masa yg sama kita juga ada kekurangan. Begitu juga pasangan. Kesilapannya adalah kelemahannya tapi jangan sampai terus menafikan kelebihan yg juga ada padanya. Tak perlu tekad untuk dapatkan yg lebih baik konon terasa diri terbaik. Tatkala terasa diri terbaik, benarkah orang lain juga merasakan kita sebagai terbaik? Akurlah...pasangan diberikan untuk saling menyempurnakan. Usahakan beserta solat dan doa. Moga Ramadhan bakal menjelma membawa barakah untuk kita, sebagai medan jihad, medan ibadah dan medan menyerah diri pasrah mohon petunjuk Ilahi dalam usaha mencipta bahagia tersendiri...

moga segala permasalahn ini pergi jauh dr hidup ku...

Selasa, Mei 12, 2015

Ujian demi Ujian...



Mata terpejam namun hakikatnya ia terbuka..
hati tenang namun hakikatnya ia dalam kerisauan..
telinga tertutup namun hakikatnya ia peka menangkap setiap kata di sekelilingnya..
mulut berbicara namun hakikatnya ia diam tanpa makna..


Ya Allah
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.


Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Amiin..

*berat sungguh ujian mu ya Allah..
moga aku terus kuat dalam mengharungi setiap ujian mu..



Ahad, Mei 10, 2015

hari hari hari ibu..untuk mak...


"leteran dari rasa luhur..menegur sebelum terlanjur"
"marah bukan kebencian..tapi tanda sayang"






selamat hari IBU mak..hari hari sentiasa hari ibu
terima kasih yang tak terhingga buat mak dan abah..da 31 tahun ank mak ni..
sehingga sekarang pun mak masih anggap kami anak ank mak ni anak anak kecil yg sentiasa ditegur dimanja demi kebaikan kami bertiga..sayang mak n abah sampai ke syurga..
terima kasih kerna membesarkan kami dan maaf kan kami kerna ade tika nya kami menguris perasaan mak n abh...

Selasa, April 21, 2015

Bismillahirohmanirohim

ya allah lamanya bersawang laman ni..
disebabkan masa yg tidak mengizinkan..
dik kebizian yg teramat..

banyak sgt benda yg nak diluahkan dalam nih..
bnyk sgt cerita cerita yg berlaku dalam kehidupan ni..
semua hendak dithrowback kembali...

mengharapkan akan ade mood untuk menulis dilaman ini wat tatapan anak2 di kendian hari...

aku kini...:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...