sebulan jer lagik aku akan kembali menjadik suri rumah...sebenornya jadik suri rumah nih lagik penat dari bekerja..coz kerja2 tak pnah habih start bukak mata sampai tutup mata...~
Suatu hari seorang lelaki bernama
Zainal bertemu dengan seorang kaunselor. Tujuan utama pertemuan tersebut adalah
untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Menurut Zainal sejak kebelakangan
ini, isterinya Halimah kurang melayaninya. Halimah seperti sudah tawar hati
dengannya. Menurut Zainal selama ini isterinya tidak bekerja. Hanya
dirinya sahaja yang berkerja. Zainal sedikit kecewa dengan sikap Halimah kerana
merasakan Halimah tidak pernah menghargai dirinya yang selama ini penat bekerja.
Beliau merasakan yang Halimah punya banyak masa untuk berehat dan tidak
mempunyai sebarang tekanan seperti dirinya yang lebih sarat dengan beban kerja.
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai
Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor
: Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak
bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor
: Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah
yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor
: Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi
dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor
: Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar
sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor
: Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar,
kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan
tak bekerja.
Kaunselor
: Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal
lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana
seharian saya penat bekerja.
Kaunselor
: Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan,
melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit
sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.
Berdasarkan cerita di atas,
anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin sehatian Halimah
bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK
BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat
yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!
Cuba bayangkan jikalau seminggu
isteri yang selalu dikatakan tidak bekerja itu terpaksa pulang ke kampung.
Bagaimana rasanya suami yang bekerja? Bangun lewat pagi, kenapa? isteri tak ada
untuk kejutkan. Sarapan tak sempat. Kenapa? Tiada isteri untuk masakan. Rumah
berselerak sana sini. Kenapa? tak ada isteri untuk kemaskan. Baju busuk penuh
seguni. Kenapa? Tiada isteri untuk basuhkan. Pinggan mangkuk penuh sinki.
Kenapa? Tiada isteri untuk basuhkan.
Belum lagi masuk bab anak kecil yang
menangis tengah malam. Siapa yang akan bangun dulu kalau bukan isteri?
Ya, mungkin ada juga suami yang
rajin, yang akan buat semua kerja isteri, tetapi seharusnya jangan memandang
rendah terhadap isteri yang tidak bekerja.
Suri rumah Sebagai
Profesion
Walaupun tugas suri rumah sering
dipandang sinis oleh sesetenga golongan tetapi ianya merupakan suatu profesion.
Cuba kita kenang kembali sejak kecil sehingga dewasa, sudah banyak borang yang
diisi oleh kita. Bermula daripada sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah
entah berapa banyak borang yang perlu diisi dan mengandui ruangan perkerjaan
ibu. Selalunya bagi anak yang mempunyai ibu yang tidak berkerja, mereka akan
mengisi perkerjaan ibu mereka sebagai suri rumah. Jarang sekali kita melihat
ruangan perkerjaan ibu sebagai tidak berkerja.
Suami Perlu Bijak
Menghargai Isteri
Tidak dinafikan mungkin ada isteri
tidak pernah merungut berkenaan kerja-kerja rumah yang dilakukannya, suami
seharusnya menghargai sumbangan besar ini. Isteri melakukannya kerana “cinta
tanpa syarat”. Isteri tidak pernah mengukur berapa banyak khidmat yang
diberikan, kerana mereka sering berfikir hanya untuk memberi.
Untuk para suami, sewajarnya
pengorbanan isteri melakukan kerja yang jauh lebih berat ini dihargai
sebaiknya. Seorang isteri bukannya mengharapkan sebarang balasan, tetapi tidak
salah untuk seorang suami memberikan ganjaran.~ aku copy paste dari www.kisahwanita.com/suri-rumah-juga-satu-profesion