Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, Januari 15, 2013

sakit kepala di kalangan kanak-kanak~


Memahami sakit kepala

Pengenalan Sakit kepala adalah terma yang digunakan untuk menerangkan satu keadaan yang tidak selesa atau sakit yang dirasai di mana-mana bahagian kepala.
Jenis-jenis sakit kepala :
  • Sakit kepala akut
  • Sakit kepala kronik atau berulang-ulang
  • Migrain
  • Sakit kepala tegang ( Tension headache )

Sakit Kepala Akut

Sakit kepala berlaku hanya sesekali dikenali sebagai sakit kepala akut. Ini mungkin disebabkan oleh:
  • Jangkitan
    Jangkitan viral ringan seperti selsema dan demam selsema, termasuk jangkitan penyakit berjangkit yang serius seperti demam denggi, malaria dan demam kepialu.
  • Kanak-kanak yang mengalami dengan jangkitan di otak seperti meningitis atau encephalitis mengalami sakit kepala yang teruk serta rasa mengantuk, sawan dan muntah-muntah.
  • Masalah gangguan telinga Telinga tersumbat ( glue ears ) dan jangkitan telinga.

  • Masalah Sinus
    Sinus ialah laluan udara yang terdapat di antara tulang muka dan tulang tengkorak. Kanak-kanak akan mengadu sakit kepala apabila laluan udara ini dijangkiti dan dipenuhi cecair atau lender. Keadaan ini dikenali sebagai "sinusitis".
  • Masalah penglihatan
    Sakit kepala boleh juga terjadi apabila otot-otot disekeliling mata menjadi penat. Keadaan ini mungkin berlaku apabila kanak-kanak mengalami masalah rabun dekat atau lapisan korneal yang tidak rata (astigmatism) menyebabkan mereka mengalami ketegangan semasa melihat. "Glaucoma" ialah satu keadaan apabila tekanan di bola mata meningkat dan keadaan ini sekali-sekala menyebabkan sakit kepala
  • Masalah Gigi
    Gigi bernanah atau jangkitan gusi boleh menyebabkan sakit kepala
Nota : Semua kanak-kanak yang mengadu sakit kepala perlu diperiksa oleh doktor.

Sakit kepala kronik atau sakit kepala yang berulang-ulang

Sakit kepala yang berlaku berulangkali atau berterusan dalam jangkamasa yang panjang dikenali sebagai sakit kepala kronik. Kanak-kanak yang mengalami sakit kepala kronik atau sakit kepala yang berterusan jarang mendapat masalah gangguan otak yang serius seperti ketumbuhan otak, pembesaran arteri secara berlebihan (aneurysms) atau kemerosotan fungsi otak (degenerative brain disorders ). Gejala yang biasa berlaku ialah muntah, hilang penglihatan, lemah anggota badan, sawan atau kemerosotan ingatan. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami sakit kepala kronik/berulang-ulang mempunyai migrain atau sakit kepala disebabkan ketegangan.

Migrain

Migrain menyebabkan sakit seperti menyucuk-nyucuk sebelah kepala. Ianya bermula di bahagian dahi dan tepi kepala atau kedua-dua belah kepala. Kanak-kanak juga akan merasa loya dan muntah. Kanak-kanak mungkin mengadu matanya berpinar dan mengangu ketenangan dan keselesaannya. Kanak-kanak yang mengalami migrain lebih selesa dengan suasana yang senyap dan gelap untuk berehat kerana suasana bising dan terang menyebabkan sakit kepalanya semakin teruk.

Sakit kepala tegang ( Tension headache )

Sakit kepala ini amat lazim terjadi di kalangan kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai sakit otot kepala dan disebabkan oleh ketengangan otot-otot di bahagian dahi dan tepi kepala. Sakit kepala ini selalunya disebabkan oleh perasaan bimbang, sebarang tekanan emosi atau situasi yang tegang di sekolah atau di rumah.
[Kembali Ke Atas]

Sakit Kepala Kronik di Kalangan Kanak-kanak

Sakit kepala kronik di kalangan kanak-kanak

  • Kejadian
  • Gejala migrain di kalangan kanak-kanak
  • Gejala sakit kepala tegang (Tension headache) di kalangan kanak-kanak

Kejadian

Seperti orang dewasa, kanak-kanak tidak terkecuali dari mengidap sakit kepala.
Kira-kira 30 - 50 % kanak-kanak pertengahan umur ( middle childhood) lingkungan 5-8 tahun dan 50-60% golongan remaja bawah umur 15 tahun mengalami sakit kepala. Sejumlah 10% yang mengidap sakit kepala mendapati aktiviti harian mereka terjejas.
Kanak-kanak lelaki lebih kerap mengalami sakit kepala yang berulang-ulang di peringkat awal zaman kanak-kanaknya manakala kanak-kanak perempuan pula kerap mengalami masalah sakit kepala apabila menjelang akil baligh.
Migrain sekali-sekala jarang berlaku di kalangan kanak-kanak.
Migrain bermula di kalangan kanak-kanak pertengahan umur di mana 1-3 % mengalami sakit kepala pada usia 7 tahun, 5-10 % pada usia 10-15 tahun. Hampir separuh dari kumpulan remaja ini tidak lagi mengalami sakit kepala apabila mereka meningkat dewasa.
Kanak-kanak kecil sukar untuk mengadu tanda-tanda sakit kepala. Adalah lebih baik jika diperhatikan jika terdapat sebarang perubahan tingkahlaku pada diri kanak-kanak tersebut.
Migrain mungkin diwarisi dan berkemungkinan besar ada di kalangan ahli keluarga lain yang mengidap migrain.

Gejala migrain di kalangan kanak-kanak

  1. Aura
    • Bau yang luar biasa
    • Melihat cahaya berpinar-pinar atau corak zig-zag
    • Mendengar bunyi yang luar biasa seperti berdengung di dalam telinga
    • Terasa tidak selesa di kulit.
    • Loya atau muntah
  2. Kanak-kanak yang mengalami migrain akan mengalami satu keadaan suasana ghaib pada seseorang atau sesuatu yang berlaku sebelum terjadinya sakit kepala. Fenomena ini dikenali sebagai aura seperti:

  3. Sakit Kepala
  4. Migrain adalah sakit kepala yang amat sangat dan menyucuk-nyucuk. Ia biasanya bermula dari belakang kepala dan beransur-ansur merebak ke dahi. Setengah kanak-kanak akan mengalami sakit di sebelah kepala dan ada yang rasa sakit di keseluruh kepala. Sakitnya berterusan semada dalam masa satu jam atau berlarutan hingga tiga hari.

  5. Gejala-Gejala yang Berkaitan
  6. Kanak-kanak yang mengalami migrain sering menarik diri dari melakukan aktiviti di rumah atau di sekolah. Mereka lebih selesa tidur atau berehat di tempat yang sunyi dan gelap dari berada di tempat yang terang atau bising

  7. Faktor-Faktor yang Menyumbang
    • Letih yang teramat sangat
    • Kurang tidur
    • Melancong
  8. Kanak-kanak yang ada migrain perlulah mengenalpasti apakah perkara-perkara yang boleh menyebabkan terjadinya sakit tersebut seperti:-

Gejala-Gejala Sakit Kepala Tegang Di kalangan Kanak-Kanak

Kanak-kanak dewasa (9-12 tahun) yang mempunyai sakit kepala tegang menerangkan yang mereka mengalami sakit yang mambar di sekeliling kulit kepala. Sakit ini biasanya bermula pada waktu petang dan berlarutan sehingga beberapa jam. Sakitnya akan sembuh selepas berehat atau tidur yang mencukupi. Kebanyakan kanak-kanak ini tidak mengalami gejala aura atau gejala-gejala yang berkaitan dan tiada faktor-faktor yang menyumbang kearah berlakunya sakit kepala.
[Kembali Ke Atas]

Berjumpa Doktor

Berjumpa doktor

  • Menerangkan gejala-gejala yang dialami
  • Melakukan pemeriksaan fizikal
  • Adakah ujian diperlukan?

Menerangkan Gejala-Gejala yang Dialami

Penerangan yang jelas dapat membantu doktor untuk mengenalpasti jenis sakit kepala yang dialami dan tidak mengenepikan faktor-faktor penyebab yang lain.
Doktor juga perlu mengetahui sejauhmana sakit kepala menyekat penglibatan aktiviti harian kanak-kanak di rumah atau di sekolah.
Menyimpan buku harian untuk mencatat kejadian sakit kepala adalah penting untuk mengetahui kekerapan dan keterukanya.
Kanak-kanak juga boleh mengalami kedua-dua migrain dan sakit kepala tegang.

Melakukan Pemeriksaan Fizikal

Doktor perlu melakukan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh dengan memberi tumpuan kepada fungsi urat saraf dan penglihatan.

Adakah Ujian Diperlukan?

Sekiranya doktor sudah pasti bahawa sakit yang dialami oleh kanak-kanak itu adalah migrain atau sakit kepada tegang maka kanak-kanak tersebut tidak perlu menjalani sebarang ujian untuk pengesahan. Pada kebiasaanya, pemeriksaan fizikal adalah normal.
Jika doktor merasa ragu-ragu tentang diagnosa, maka kanak-kanak tersebut perlu menjalani beberapa ujian seperti :-
  • Ujian darah dan air kencing untuk mengesan penyakit-penyakit sistemik
  • Ujian imbasan otak (CT scan dan MRI)
  • Ujian ‘EEG’ (electroencephalography) untuk merekod corak gelombang otak bagi pengesahan penyakit ‘epilepsy’ ( gila babi ) 
[Kembali Ke Atas]

Merawat Sakit Kepala

Merawat Sakit Kepala

  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Ubat-ubatan
  • Terapi pelengkap dan pilihan alternatif

Gaya Hidup Sihat

Kanak-kanak yang mengalami migrain dan sakit kepala tegang (tension headache) akan beransur pulih dari gejala-gejala sakit ini jika mereka mempraktikan gaya hidup sihat seperti :-
♦ Makan secara sihat
  • Memakan makanan seimbang dan berjadual. Makan yang tidak mengikut jadual boleh menyebabkan migrain.
  • Hindari dari memakan makanan yang boleh menyebabkan migrain atau sakit kepala tegang (tension headache).
    • Satu pertiga dari kanak-kanak tahu yang apabila mereka mengambil makanan tertentu boleh menyebabkan migrain atau sakit kepala tegang
      (tension headache).
      Kanak-kanak di negara barat melaporkan pengambilan keju, cokelat, buah-buahan citrus (cth. oren), pemanis tiruan dan monosodium glutamate merupakan makanan pencetus migrain atau sakit kepala tegang (tension headache).
    • Pengambilan kafein dalam kopi dan minuman berkabonat juga boleh menyebabkan sakit kepala di kalangan remaja dan orang dewasa.
    • Merekod dan menyimpan catatan harian tentang kejadian sakit kepala boleh membantu untuk mengesan jenis makanan yang boleh mencetuskan sakit kepala.
    • Makanan tidak dikenalpasti sebagai pencetus sakit kepala tegang.
♦Kualiti Tidur Yang Baik
  • Penjagaan tidur yang mencukupi akan membantu mengurangkan kejadiaan sakit kepala.
  • Ini melibatkan :-
    • Persiapan sebelum waktu tidur Elakkan mengadakan aktiviti yang merangsangkan untuk anak anda menjelang waktu tidur. Membaca buku bersama-sama atau suramkan bilik tidur boleh mewujudkan suasana yang menggalakkan kanak-kanak untuk tidur.
    • Persiapan tempat tidur yang sesuai Pastikan tempat tidur sentiasa kemas, bersih dan selesa.
  • Senaman
    • Senaman adalah untuk meningkatkan kecergasan dan badan yang sihat. Senaman secara berkala dapat menghindari sakit kepala di kalangan orang dewasa.
    • Senaman juga dapat mengurangkan tekanan baik di rumah atau di sekolah bagi kanak-kanak. Mereka merasa lebih cergas dan gembira dan boleh meningkatkan prestasi akademik mereka.

Ubat-Ubatan

Ubat-ubat diberi untuk dua tujuan iaitu:-
  • Untuk mengurangkan sakit (Painkillers)
    • untuk memulihkan gejala semasa sakit kepala.
    • Ubat-ubatan yang biasa digunakan di Malaysia ialah paracetamol, ibuprofen dan mefenamic acid.
    • Untuk orang dewasa yang mengalami migrain, mereka dibekalkan dengan ubat sumatripan (Imigran) dan Caffein/ergotamine (Carfegot), tetapi tidak secara rutin kepada kanak-kanak.
    • Ubat penahan sakit (painkillers) diberi kepada kanak-kanak yang mengalami sakit kepala.
  • Ubatan Profilaktik ( Agen yang mencegah perkembangan sesuatu penyakit atau keadaan )
    • Ubat ini dibekalkan kepada kanak-kanak yang mengalami sakit kepala yang kerap atau sakit kepala yang boleh mengganggu aktiviti harian mereka.
    • Ubat ini perlu diambil setiap hari untuk mencegah sakit kepala dari berlaku. Ubat ini tidak menyembuhkan gejala sakit. Contoh ubatan profilaktik ialah flunarizine, pizotifen, propanolol dan metoprolol.
    • Ubatan profilaktik tidak diberikan kepada kanak-kanak yang mengalami sakit kepala tegang (tension headache)
    • Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil ubatan profilaktik untuk sakit kepala.

Terapi Pelengkap dan Pilihan Altenatif

Terdapat terapi pelengkap dan pilihan altenatif yang dibuktikan dapat membantu mengurangkan gejala, tetapi keberkesanan terapi lain masih lagi belum dikenalpasti. Di bawah ini terdapat beberapa terapi yang berguna untuk merawat kanak-kanak sakit kepala. Kebanyakannya adalah selamat dan tidak membahayakan kanak-kanak.

Terbukti dapat membantu :
  • Teknik menenangkan diri (relaxation techniques)
  • - Senaman pernafasan
    - Terapi muzik
    - Terapi aroma
    - Yoga
    - Urutan badan dan tapak kaki (reflexology)
    Terapi-terapi ini dapat menenang fikiran dan otot-otot
  • Teknik mengendalikan tekanan (Stress management techniques) Ini melibatkan strategi tingkahlaku untuk membolehkan kanak-kanak mengatasi tekanan (stress) dengan baik di sekolah atau di rumah.
Faedah yang belum pasti :
  • Akupuntur
  • ‘Thermal bio-feedback’
  • ‘EEG ( electroencephalography ) bio-feedback’
  • Air mengkudu
  • Pelbagai ‘brain tonic’ dan herba
 [Kembali Ke Atas]

Keadaan-Keadaan Yang Berkaitan Penyakit Lain

Keadaan - keadaan Yang Berkaitan Penyakit lain

  • ‘ Epilepsy ‘ ( Gila Babi )
  • ‘Vertigo‘

‘Epilepsy’ ( Gila Babi )

Kanak-kanak yang ada masalah ‘epilepsy’ mungkin akan mendapat sakit kepala, gangguan penglihatan, muntah dan sakit kepala yang menyerupai migrain. Semasa kanak-kanak ini mengalami serangan epilepsy mereka tidak menyedari keadaan persekitarannya.

‘Vertigo’

Terdapat kanak-kanak yang mendapat serangan ‘vertigo’ yang berulang kali akan mengalami rasa loya dan muntah. Ini menyebabkan kanak-kanak menarik diri dari aktiviti di sekolah atau di rumah. Keadaan ini di kenali sebagai ‘benign paroxysmal vertigo’ dan ada kaitannya dengan migrain.
[Kembali Ke Atas]

Di Mana Saya Boleh Mendapatkan Bantuan?

Di Mana Saya Boleh Mendapatkan Bantuan?

Hubungi doktor atau pakar kanak-kanak yang berhampiran dengan anda.
Doktor akan melaksanakan ‘brain scan’ sekiranya gejala yang diberitahu meragukan.
Sumber rujukan:-
 [Kembali Ke Atas]

Soalan-soalan Lazim

Soalan-soalan Lazim

Adakah anak saya memerlukan 'brain scan'?

Kanak-kanak yang mengalami migrain atau sakit kepala tegang (tension headache) tidak memerlukan ujian imbasan otak 'brain scan'. Walau bagaimanapun jika terdapat tanda-tanda dan gejala seperti demam, sakit kepala yang berterusan, hilang daya penglihatan, rasa ingin jatuh, lemah anggota badan, sawan, dan merosot dalam pelajaran, ujian imbasan otak ?brain scan? adalah diperlukan untuk diagnosa penyakit.

Adakah anak saya mempunyai ketumbuhan di otak?

Kanak-kanak yang ada ketumbuhan di otak mengalami gejala sakit kepala yang berbeza. Mereka akan menunjukkan gejala-gejala lain seperti sakit kepala berterusan, hilang daya penglihatan, sawan, imbangan badan yang tidak stabil dan merosot dalam pelajaran.

Adakah kemungkinan anak saya terlalu bergantung kepada ubatan?

Kanak-kanak yang mengalami migrain yang terlalu kerap akan diberi ubatan propilaktif untuk mengurangkan kekerapan serangan sakit kepala.
Ubatan yang diberikan tidak menyebabkan ketagihan bagi kanak-kanak.

Adakah pengambilan 'brain tonics' boleh membantu mengurangkan sakit kepala di kalangan kanak-kanak?

Terdapat banyak ubat herbal tradisional yang boleh memulihkan kanak-kanak yang mengalami masalah 'brain disorder'. Namun begitu dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum memberi ubatan tersebut kepada anak anda. Ini kerana terdapat juga ubatan yang boleh menjejaskan kesan ubatan yang diberikan oleh doktor kepada anak anda.
[Kembali Ke Atas]

2 ulasan:

  1. Tq for your info👍
    Actually saya sedang risaukan anak saya berumur 4tahun krn sudah 2 hari demam berserta sakit kpla..lg merisaukan krn syrup pcm yg saya beri xde kesan lgsung utk diri die..apa yg saya perlu buat?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...