Ya Allah jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami keberkatan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga.
Ya Allah, hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.
Ya Allah, kurniakanlah dari kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah.
Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami di hati kami.
Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami di hati kami.
Ya Allah...kau berikan lah kesabaran yg tinggi buat kami dalam mengharungi pelbagai ranjau yang berliku dalam rumah tangga kami..kau jauhkan lah kami dari perasaan benci membenci antara satu sama lain..
SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-9
BULOVEMEEN
semoga ikatan perkahwinan ini kekal ke akhir usia hingga ke jannah ..insyallah..
5/6/2004 - 5/6/2013
pantas nya waktu berlalu..sedar tak sedar da 9 tahun usia perkahwinan kami..
ya allah terlalu banyak likuan likuan yg harus kami lalui...cuma satu ya allah kau tingkatkan kesabaran kami..
terus terang aku katakan..aku tak tahu ape perasaan yg terukir dalam hatiku ketika ini..yg pasti pelbagai perasaan terbit dalam diri..sedih..gembira...dan pelbagai lagik la...
syukur ya allah...dari perkahwinan ini kau kurniakan kami 2 orang cahaya mata...yang tak ternilai dalam kehidupan kami...alhamdullilah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan